Senikata Ulek Mayang
Umbut mayang di umbut Umbut dengan jala-jemala Ulit mayang diulit Ulit dengan puterinya satu Puteri satu berbaju serong Puteri satu bersanggul sendeng Puteri satu bersubang gading Puteri satu berselendang kuning Ulit mayang di umbut Ulit dengan jala-jemala Jika sambut mayang disambut Sambut dengan puterinya dua Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggul sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Ulit mayang di umbut Ulit dengan jala-jemala Jika sambut mayang disambut Sambut dengan puterinya tiga Ku tahu asal usul mu Yang darat balik ke darat Yang laut balik ke laut Nasi kuning hamba sembahkan Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala Lirik di atas adalah sepertimana yang kita biasa dengar. Sebenarnya ia telah diubahsuai dengan membuang rangkap puja. Rangkap ketiga ialah Rangkap Sambut. Contohnya rangkap pertama tentang Puteri Satu, dan disambut oleh Puteri Dua pada rangkap ketiga, kemudian disambut oleh Puteri Tiga (ulang semula R2, R3) dan seterusnya hingga Puteri Tujuh. Rangkap keenam ialah Rangkap Tutup dan yang ketujuh ialah Jaga. Lirik ini sebenarnya telah hilang sifat mistiknya kerana telah diubahsuai. Tapi kadangkala terdengar juga di sana-sini ada yang kerasukan semasa menyanyikannya. Di antara kepercayaannya ialah mereka lupa untuk “menutup” lagu tersebut (rangkap 6 & 7). Entahkan betul entahkan tidak, terserah pada masing-masing untuk menilainya. |
|