LAGU MAK YONG
1. Lagu mengadap Rebab Lagu yang terpanjang dan terpenting ini dimainkan pada permulaan setiap persembahan selama diantara 20 hingga 30 minit.Di samping mengiringi nyayian dan tarian Pak yung (watak utama ) dan Jong dong Dang (korus ) juga membawa simbol penghormatan kepada rebab dan semangat mak yung. 2. Lagu Kijang emas Lagu ini biasanya mengiringi nyayaian dan tarian yang selepas persembahan manghadap rebab .ia juga dinyayikan oleh korus dalam keadaan gembira dan oleh Pak yung atau Mak yung apabila watak itu ingin menceritakan sesuatu kepada korus atau peran.Biasanya,lagu kijang emas dimainkan sebgai satu instrumental sebelum bermulanya persembahan Mak yung. 3. Lagu mengambul Lagu ini dinyayikan oleh watak-watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih 4. Labu Jamba (Gembal) Lagu yang menggambarkan suasana. 5. Lagu balik Padi Dinyayikan pada ketika-ketika gembira. |
|