Alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor. edit.
Violin
Alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.
Gambus
Alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang)
Juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam
Tamborin
Alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
Marakas
Sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.