Serunai
Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan. |
|
Gendang Ibu dan Gendang Anak
Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri. Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning. Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning. |
Gong
Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar. |
Mahaguru/Semambu
Mahaguru atau Semambu ini adalah alat Nobat yang paling penting sekali. Ia mesti ada bersama dengan kumpulan Nobat semasa dimainkan. Mahaguru merupakan ‘cokmar’ DiRaja yang dipebuat daipada rotan Semambu. Ia bersaiz 5' X 11'. Lilitan pemukaan semambu adalah ½ inci berwarna merah. Semambu dibalut dengan kain berwarna kuning. Kain yang lama tidak akan dibuang sebaliknya akan dibalut dengan balutan kain baru di atas balutan yang telah sedia ada |