Pentas
Wayang kulit dimainkan di sebuah pentas khas. Pentas ini didirikan lebih kurang 5 kaki dari tanah. Tujuannya ialah untuk mengelak penonton daripada terlangkah peralatan wayang. Panjang pentas ialah 12 kaki dan lebarnya juga 12 kaki. Tinggi dari tanah ke bumbung bagi bahagian depan ialah 7 kaki. Bahagian belakang selalunya lebih rendah iaitu, cuma berukuran 5 kaki. Dengan itu atapnya curam dari depan ke belakang. Kelir atau layar yang berukuran 12 x 7 kaki akan dipasang sebelum pertunjukan diadakan. Di bahagian bawah kelir terdapat batang pisang yang digunakan untuk mencucuk patung-patung. Patung-patung yang berwatak baik dicucuk di sebelah kanan sementara patung-patung yang berwatak jahat terletak di sebelah kiri. Semasa bermain, Dalang duduk berhadapan kelir. Di antara kepala Dalang dan kelir tergantung sebuah lampu. Dari cahaya lampu inilah bayang patung-patung kelihatan di kelir. |
|
Patung / Gambar
Patung-patung wayang kulit terdapat dalam pelbagai rupa dan bentuk. Patung ini mewakili setiap golongan masyarakat seperti golongan masyarakat anak muda, gadis, raja, permaisuri, gergasi, mahaguru, hamba, penyamun dan lain-lain lagi. Terdapat juga patung berbentuk binatang seperti harimau, singa, rusa, ikan, gajah dan lain-lain. Ia diperbuat dari kulit lembu atau kambing. Umumnya gambar-gambar berbentuk manusia terdapat empat jenis:
|
|
Watak-Watak
Terdapat enam watak penting dalam persembahan Wayang Kulit Seri Asun : 1. Watak Raja. 2. Watak Permaisuri. 3. Putera Raja atau Raja Muda (watak hero dalam cerita). 4. Tuan Puteri (watak heroin). 5. Gergasi (watak bengis, terbahagi kepada Gergasi Jantan dan Betina). 6. Watak Kelakar atau Pelawak: - Aidin Keow dan Aidin Tong adalah pelawak dalam istana atau pelawak raja. - Aito dan Nui Nui merupakan pelawak bagi putera atau puteri raja. - Aipun dan Aiteng adalah pelawak bagi gergasi. Biasanya watak-watak kelakar dapat menghidupkan cerita di samping daya penarik dan penghibur kepada penonton. |
|
Alat Muzik
Alat-alat muzik memainkan peranan yang penting dalam menghidup dan menjadikan wayang kulit sebagai persembahan yang menarik. Muzik juga berperanan:
Alat muzik yang digunakan dalam persembahan wayang Kulit:
|